-
Ceramah Perdana 34 Tahun Membangun Bersama Islam & Himpunan 1 Tahun Taufan Al Aqsa di PUTIK
Alhamdulillah, Kelantan terus kekal di bawah pentadbiran Kepimpinan Ulamak Membangun Bersama Islam, kini memasuki tahun ke-34. Sempena sambutan ini, satu Ceramah Perdana akan diadakan, menggabungkan Himpunan Solidariti Palestin bagi memperingati 1 Tahun Taufan Al-Aqsa. Ceramah kemuncak akan disampaikan oleh YB Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Majlis akan berlangsung pada Sabtu,…
-
Kebakaran Kilang Kitar Semula di Pengkalan Chepa: Api Marak, Pihak Berkuasa Buat Sekatan Api
Kebakaran besar melanda sebuah kilang kitar semula di Jalan Padang Tembak Perindustrian, Pengkalan Chepa, malam ini, menyebabkan kepulan asap tebal yang dapat dilihat dari jarak jauh. Insiden ini melibatkan premis yang menyimpan bahan kitar semula, termasuk sisa buangan yang kelihatan seperti sampah, menimbulkan persoalan mengenai aspek keselamatan dan pematuhan undang-undang alam sekitar oleh pemilik premis.…
-
Mesin Baru Seberat Empat Tan Tiba di Tebing Tinggi: Nik Asmawie Bawa Inspirasi Usahawan Bumiputera
KOTA BHARU, 23 Okt — “Doa belaka deh, biar koho maju mudah nak bantu jamaah.” Kata-kata semangat ini diungkapkan oleh Nik Asmawie Nik Abdullah, CEO Perabot Nik Lah Sdn Bhd, menggambarkan tekadnya untuk memajukan syarikat yang diasaskan oleh bapanya dan memperkukuh ekonomi tempatan. Asmawie melihat kejayaan perniagaan ini bukan hanya untuk meraih keuntungan, tetapi sebagai…
-
Selepas KADA, Pemuda Amanah Wilayah Terkait Isu Salah Guna Dana NAFAS: Tatakelola di Bawah Mohamad Sabu Dipersoal
Skandal demi skandal, adakah ini petanda kelemahan sistemik di bawah pentadbiran Amanah dalam menjaga kepentingan dana rakyat? Laporan penggantungan tugas Muhammad Faris Arriffin sebagai pengurus besar Nafas menyerlahkan isu integriti dalam pengurusan parti Amanah. Faris, yang juga ketua Pemuda Amanah Wilayah Persekutuan, terlibat dalam dakwaan pelanggaran tatakelola kewangan yang membayangkan kelemahan pengawasan dalaman dan tadbir…
-
Di Hati Rakyat: Dato’ Sri Amar D’Raja Kelantan & SKC Terus Semai Kasih dan Prihatin
Dato’ Sri Amar D’Raja Kelantan bersama pasukan Skuad Kita Cakna (SKC) DUN Panchor terus memperkukuhkan agenda kebajikan melalui ziarah rutin di Mukim Senang, Kemumin, dan Kota Jembal. Program ziarah ini menyasarkan waris ahli keluarga yang meninggal dunia, pesakit kronik, dan mangsa kemalangan, dalam usaha memastikan golongan kurang bernasib baik menerima perhatian yang sewajarnya. Dato’ Dr…
-
Batik Air Buka Langkah: Penerbangan Subang-Kota Bharu Siap Sedia Hadapi Ramadan dan Syawal
PENGKALAN CHEPA – Batik Air berjaya melaksanakan penerbangan sulungnya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang SkyPark, ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, hari ini. Penerbangan pertama ini membawa seramai 76 penumpang dan menandakan permulaan laluan baharu yang memanfaatkan pesawat Boeing 737, menjanjikan pengalaman perjalanan lebih cepat dan selesa. Pembukaan laluan…