Kebenaran Itu Menuntut Dirinya

  • Politik Busuk DAP: Kutipan Derma Mereka Mulia, PAS Dituduh Jahat!

    KUALA LUMPUR – Solidariti dalam parti politik seharusnya dilihat sebagai usaha murni untuk membantu ahli yang menghadapi kesulitan, namun, politik hipokrasi telah memperlihatkan bagaimana tindakan sebegini diberi persepsi berbeza apabila melibatkan pihak tertentu. Terkini, PAS dikecam oleh beberapa pihak atas inisiatif untuk membantu Ahli Parlimen Kepala Batas, Mastura Muhammad, melangsaikan denda RM825,000 akibat kes saman…

  • Empat PPS Dibuka di Kelantan: 43 Mangsa Banjir Dipindahkan

    KOTA BHARU – Empat pusat pemindahan sementara (PPS) telah mula dibuka di Tanah Merah hari ini berikutan hujan lebat berterusan yang menyebabkan banjir. Setakat ini, 43 mangsa daripada 14 keluarga telah dipindahkan ke PPS terbabit. Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), SK Lawang menempatkan 13 mangsa daripada enam keluarga, manakala 13 orang daripada…

  • Dua Terselamat dalam Tragedi Jeju Air: Bahagian Ekor Pesawat Sekali Lagi Jadi Penyelamat

    Dalam perkembangan terkini tragedi Jeju Air Flight 7C 2216, dua penumpang dilaporkan berjaya diselamatkan, manakala baki penumpang dan kru dipercayai telah terkorban. Pesawat malang yang membawa 181 individu, termasuk 175 penumpang dan enam kru, terhempas ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan. Bahagian Ekor Pesawat Kekal Utuh: Peluang Survival Tinggi Rakaman video…

  • Tuduhan PAS Sesat: Nga Kor Ming Cabar Kuasa Agama, PAS Timbang Tindakan Undang-Undang

    KOTA BHARU – PAS memandang serius kenyataan melampau Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, yang menuduh PAS “sesat”, “menunggang agama”, dan “menyekat sambutan Krismas”. Kenyataan ini dilihat bukan sahaja mencabar sensitiviti umat Islam tetapi juga bidang kuasa pihak berkuasa agama di negara ini. Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, menegaskan bahawa tohmahan dan fitnah…

  • Lawatan Kerja KPK ke China: Meneroka Potensi Buluh Sebagai Sumber Ekonomi Hijau

    Kelantan kini meneroka peluang baru dalam sektor ekonomi berasaskan buluh melalui satu lawatan kerja ke kilang pemprosesan buluh di Shanghai dan Zhejiang, China. Lawatan ini melibatkan Lembaga Pengarah Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) bersama beberapa pemimpin negeri, termasuk Pengerusi KPK yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air, dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Dato’ Dr Izani Husin.…

  • Tragedi Azerbaijan Airlines: Unit Big Data Pengkalan Chepa Sokong Kajian Bahagian Ekor Tingkat Peluang Selamat

    ASTANA, 25 Dis – Tragedi pesawat Embraer 190 milik Azerbaijan Airlines yang terhempas berhampiran Aktau, Kazakhstan, menguatkan keyakinan bahawa tempat duduk di bahagian ekor pesawat mungkin memberi peluang lebih tinggi untuk terselamat dalam kemalangan udara. Menurut laporan Reuters, daripada 67 penumpang dan kru, 32 mangsa berjaya diselamatkan, dengan kebanyakan mereka dipercayai berada di bahagian ekor…