
Seramai 201 lelaki termasuk 17 penjawat awam ditahan selepas disyaki terbabit dalam aktiviti hubungan songsang.
Kesemua individu yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk menjalani ujian saringan air kencing dan siasatan lanjut.
–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Dua menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zaliha Mustafa dan Mohd Na’im Mokhtar, digugurkan daripada barisan kabinet dalam rombakan besar besaran yang diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Putrajaya hari ini.
Dr Zaliha yang sebelum ini memegang portfolio Wilayah Persekutuan digantikan oleh Hannah Yeoh, manakala portfolio hal ehwal agama diserahkan kepada Zulkifli Hasan yang sebelum ini merupakan timbalan menteri.
Pengumuman tersebut dibuat di Bangunan Perdana Putra dengan penjelasan bahawa rombakan berkenaan bertujuan memperkukuh kecekapan pentadbiran serta memastikan pelaksanaan dasar kerajaan berjalan lebih berkesan dan tersusun.
Sebelum rombakan ini, kabinet persekutuan telah berdepan beberapa kekosongan jawatan menteri susulan peletakan jawatan Rafizi Ramli sebagai Menteri Ekonomi, Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam serta Datuk Ewon Benedick sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Selain itu, jawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri turut kosong selepas Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menamatkan tempoh pelantikan sebagai senator.
Dalam perkembangan berkaitan, tular di media sosial pelbagai spekulasi yang mengaitkan pengguguran dua menteri berkenaan dengan isu serbuan sebuah premis hiburan yang dikaitkan dengan kegiatan songsang dan kehadiran individu berprofil tinggi. Namun setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi atau pengesahan daripada pihak berkuasa mahupun kerajaan yang mengaitkan rombakan kabinet tersebut dengan isu berkenaan.
Pemerhati politik melihat perubahan ini sebagai langkah Perdana Menteri menyusun semula pasukan pentadbiran bagi menutup kekosongan portfolio strategik serta memperkemas hala tuju kerajaan, khususnya dalam fasa separuh penggal pentadbiran yang semakin mencabar dari sudut ekonomi dan politik.
Leave a Reply