Kebenaran Itu Menuntut Dirinya

PPS Bachok Dibuka Menutup Polemik Air Buku Lali di Panchor

Foto: APM Kelantan

Bachok menjadi tumpuan selepas pengaktifan pusat pemindahan pertama di Kelantan menandakan permulaan gelombang banjir sebenar di negeri ini. PPS di Sekolah Kebangsaan Pauh Sembilan mula menerima 38 mangsa daripada 11 keluarga, termasuk seorang bayi perempuan bersama kumpulan dewasa dan kanak kanak. Situasi ini mengesahkan keperluan persediaan awal menghadapi monson, terutama bagi kediaman yang saban tahun berisiko dinaiki air.

Perbandingan di lapangan jelas membezakan kejadian banjir sebenar daripada fenomena air bertakung yang pernah dijadikan isu awal hujan di Panchor.

Video temuramah oleh sebuah agensi berita nasional di perkarangan Masjid Assidiqin, Mukim Panchor, hanya menunjukkan air setakat buku lali yang tidak menjejaskan pergerakan penduduk dan kenderaan. Keadaan itu berpunca daripada hujan lebat yang menyebabkan longkang besar bergerak perlahan, manakala beberapa rumah dimasuki air kerana aras lantainya lebih rendah daripada permukaan jalan utama.

Penduduk di kawasan tersebut masih boleh keluar masuk rumah, ke pejabat dan ke sekolah tanpa gangguan. Pihak berkuasa terus memantau keadaan cuaca yang berubah pantas dan bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *