Kebenaran Itu Menuntut Dirinya

PAS PENGKALAN CHEPA TAMPILKAN AIDILFITRI SEBAGAI IBADAH, BUKAN PESTA

KOTA BHARU – Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran PAS Pengkalan Chepa di Kompleks Purnama hari ini menyerlahkan pendekatan Islamik yang mendidik jiwa dan menyatukan ummah. Disambut dalam suasana sederhana dan tertib, majlis ini bukan sahaja menjadi wadah ukhuwah, tetapi juga lambang kemenangan rohani selepas sebulan menunaikan ibadah Ramadan.

Seiring ajaran Islam, sambutan Aidilfitri bukan medan bermegah-megah, sebaliknya satu ruang untuk menzahirkan kesyukuran dan memperkukuh kasih sayang sesama insan. PAS Pengkalan Chepa menunjukkan teladan yang wajar diteladani. Tiada artis, tiada bazar mewah, hanya jamuan ringkas dan kehadiran yang tulus, semuanya dengan satu tujuan iaitu mengutip keberkatan.

Dalam suasana negara yang sedang diuji termasuk insiden letupan di Putera Heights, majlis sebegini menjadi peringatan bahawa kegembiraan tidak harus melupakan keinsafan. PAS memilih untuk menyambut dengan tenang dan sedar, mengangkat Aidilfitri sebagai satu bentuk ibadah dan pelaburan ukhrawi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *