
PUCHONG | Pengerusi Khidmat Malaysia, YB Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary, turun padang ke Bilik Operasi Khidmat Malaysia yang berpusat di PASTI Salman Al-Farisi, Kampung Tengah, Puchong bagi meninjau sendiri situasi semasa dan gerak kerja pasca kebakaran besar yang berlaku di Putra Heights pada Hari Raya Kedua lalu.
Dalam lawatan tersebut, beliau turut mendengar taklimat penuh berhubung penempatan mangsa dan keperluan bantuan segera daripada petugas lapangan. Turut mengiringi beliau ialah Setiausaha Khidmat Malaysia, Ashraul Fauzan.
Kehadiran Datuk Marzuk bukan sahaja memberi dorongan moral kepada petugas sukarelawan yang masih bertugas, malah menjadi penghubung penting bagi menyelaras tindakan lanjutan bersama pihak berkuasa tempatan dan agensi penyelamat. Khidmat Malaysia kini giat menyusun bantuan pasca bencana serta penilaian kerosakan yang berlaku.
Leave a Reply