
PENGKALAN CHEPA – Sambutan Syawal dijangka lebih meriah esok apabila Ahli Parlimen Pengkalan Chepa akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang terbuka kepada seluruh masyarakat tanpa mengira latar belakang.
Majlis tersebut akan berlangsung pada Rabu, 2 April 2025 bersamaan 3 Syawal 1446H, bermula jam 1.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pengkalan Chepa (PKAPPC), Kampung Landak.
Orang ramai termasuk para perantau, sahabat handai serta penduduk sekitar Pengkalan Chepa dijemput hadir bagi memeriahkan suasana sambutan hari raya yang sarat dengan nilai perpaduan dan kemesraan bersama pemimpin kawasan.
Pelbagai juadah raya istimewa bakal disediakan, selain peluang beramah mesra bersama Ahli Parlimen sendiri dalam suasana santai dan penuh keceriaan. Majlis ini diharap mampu menjadi wadah merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat di samping menyuburkan semangat kejiranan.
Leave a Reply