Kebenaran Itu Menuntut Dirinya

Husna Cookies: Biskut Raya Premium 18 Tahun Kepercayaan, 50 Keping Setiap Botol, Harga RM23 – RM29!

KOTA BHARU, 22 Februari – Biskut raya homemade yang mendapat kepercayaan pelanggan selama 18 tahun kini kembali ke pasaran bagi memenuhi permintaan sempena Aidilfitri. Produk yang terkenal dengan kualiti premium dan rasa autentik ini hanya ditawarkan sekali setahun, menjadikannya pilihan utama pelanggan setia yang tidak mahu terlepas peluang menikmati keenakan biskut berkualiti tinggi.

Menurut pengasas Husna Cookies, Husna Abdullah, 47, dari Kampung Panchor, pihaknya sering menerima maklum balas pelanggan yang kesal kerana membuat tempahan dalam jumlah yang sedikit atau terlepas peluang menempah apabila tarikh ditutup.

“Setiap tahun, ramai pelanggan yang menyesal kerana hanya membeli sedikit dan tidak dapat menambah tempahan. Ada juga yang terlupa dan terlewat membuat tempahan sehingga terpaksa menunggu tahun hadapan,” katanya.

Antara pelanggan tetap setiap tahun ialah Dato’ Sri Amar D’Raja Kelantan, yang sentiasa membuat tempahan dalam jumlah besar untuk diagihkan kepada para penghulu, staf pejabat, dan kenalan.

Biskut ini ditawarkan dalam pelbagai pilihan pada harga berpatutan di bawah RM30 sebotol, dengan setiap botol mengandungi 50 keping biskut:

RM23: Coffee, Coconut, Green Peas, Nestum, German Crunch

RM24: Peanut Delight, Black Forest, Oats Delight, Havana

RM26: Cashew Nut, Chocolate Alabama

RM27: Melting Almond, Walnut Choc

RM28: Milk Love, Suji Almond, Suji, Peppermint Chocolate, Chocolate Almond

RM29: Pineapple Tart, Mixed Nuts

Tempahan dibuka bermula hari ini, dan proses pembuatan dimulakan pada bulan Ramadan bagi menjamin kesegaran. Penghantaran dijadualkan pada minggu kedua Ramadan, dengan penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia bergantung kepada caj kurier.

“Stok tahun ini tetap terhad dan tidak akan ditambah selepas kuota pengeluaran dipenuhi. Oleh itu, pelanggan disarankan membuat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan,” tambah Husna.

Pelanggan yang berminat boleh menghubungi pihak Husna Cookies 013-9383377 segera untuk tempahan sebelum tarikh tutup pada 28 Februari 2025.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *