Kebenaran Itu Menuntut Dirinya

Datuk Marzuk Tegas Islam Tidak Boleh Digugat, Sedia Lawan Habis-Habisan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary, dalam satu hantaran tegas di Facebook memberi amaran bahawa pihaknya akan “bangkit lawan habis-habisan” susulan cadangan yang mencetuskan ketegangan, dengan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui, agar portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada satu lagi bagi bukan Islam.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, menegaskan bahawa kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan adalah prinsip yang tidak boleh dipersoalkan. Beliau mengingatkan semua pihak agar lebih peka dan tidak mencabar perkara asas dalam Perlembagaan.

Sebelum ini, usaha Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merangka garis panduan untuk umat Islam menghadiri perayaan agama lain turut menerima bantahan pelbagai pihak, termasuk daripada kerajaan sendiri. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan bahawa Kabinet memutuskan garis panduan tersebut “tidak perlu”, sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai kedudukan institusi agama dalam menentukan hala tuju umat Islam di Malaysia.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, turut mempertahankan peranan JAKIM dan menjelaskan bahawa garis panduan tersebut hanya terpakai kepada umat Islam dan tiada kaitan dengan kehidupan penganut agama lain. Beliau kesal apabila tiada tindakan tegas diambil terhadap mereka yang mempersendakan Islam, yang menurutnya telah merosakkan keharmonian antara kaum dan agama di negara ini.

Dengan perkembangan terbaru ini, sentimen yang semakin membara dalam kalangan umat Islam yang melihat semakin banyak usaha mencabar kedudukan Islam dalam sistem pemerintahan negara, menimbulkan pertanyaan. Apakah jaminan bahawa prinsip Islam dalam Perlembagaan akan terus terpelihara? Adakah suara umat Islam akan terus dipinggirkan atas nama toleransi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *