
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Dr. Ahmad Marzuk Shaary, menunjukkan sikap rendah diri apabila memilih untuk menaiki bas ekspres dari Johor ke Kota Bharu selepas selesai program di Batu Pahat.
Beliau memenuhi jemputan Ceramah Perdana Gerakan Bangkit Rakyat di Markaz Sungai Buloh, Senggarang, pada malam sebelumnya, sebelum ke Bicara Duha Perdana PAS Negeri Johor di Kompleks PAS (KOMPAS), Rengit, Batu Pahat. Jadual padat ini menunjukkan dedikasi beliau dalam memenuhi tanggungjawab sebagai pemimpin kepada rakyat, walau perlu merentas negeri.
Perjalanan menaiki bas yang dianggarkan mengambil masa sekitar 10 hingga 12 jam memberikan beliau peluang untuk berehat dan memastikan komitmennya kepada rakyat di Pengkalan Chepa dapat diteruskan sebaik tiba.
Selain jadual kuliah mingguan setiap Jumaat, Ustaz Marzuk dilihat memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk ziarah kebajikan, dan pelbagai agenda lain sebelum sesi Parlimen yang akan datang bermula.
Leave a Reply