Kebenaran Itu Menuntut Dirinya

Weststar Aviation, Tan Sri Syed Azman dan Peranan Strategik Pengkalan Chepa dalam Perolehan 28 Helikopter Kerajaan

KUALA LUMPUR, 21 Disember – Kerajaan Malaysia secara rasmi telah memeterai perjanjian perolehan 28 buah helikopter melalui kaedah pajakan aset yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan. Perjanjian ini, bernilai RM16.546 bilion, merangkumi tempoh pajakan selama 18 tahun.

Daripada jumlah tersebut, 12 buah helikopter akan digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan dua lagi untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Kontrak ini dimenangi oleh Weststar Aviation Sdn Bhd, sebuah syarikat yang sudah lama sinonim dengan sektor penerbangan di Malaysia.

Majlis penyerahan kontrak berlangsung di Palm Garden, Putrajaya, disaksikan oleh wakil Weststar Aviation dan Ketua Setiausaha Negara. Kejayaan ini juga menambah lagi portfolio cemerlang Weststar Group di bawah pimpinan Tan Sri Syed Azman bin Syed Ibrahim.

Weststar Aviation Services di Kota Bharu, yang terletak di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, menjadi salah satu nadi utama peluang pekerjaan bagi rakyat Kelantan. Rata-rata mereka yang terlibat dalam sektor perkhidmatan pesisir pantai (offshore) memanfaatkan perkhidmatan helikopter Weststar dari sini.

Perkembangan ini bukan sahaja menunjukkan komitmen kerajaan terhadap pemodenan pertahanan negara, tetapi juga memberi impak langsung kepada ekonomi dan peluang pekerjaan di Kelantan. Dengan langkah strategik ini, Weststar terus memperkukuh hubungan eratnya dengan rakyat, khususnya di negeri Cik Siti Wan Kembang.

Tahniah diucapkan kepada Weststar Group atas pencapaian ini, yang sekaligus mencerminkan keyakinan kerajaan terhadap keupayaan syarikat tempatan untuk menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *