Kebenaran Itu Menuntut Dirinya

Jaket Hujan dan Kasut Basah: Naratif Keikhlasan Pemimpin Ketika Banjir

KUALA BERANG, 27 Dis — Kakitangan Hospital Hulu Terengganu menaiki jengkaut sebelum dipindahkan ke bot untuk ke hospital selepas jalan utama Ajil-Kuala Berang terputus berikutan banjir hari ini. Laluan ke hospital berkenaan terputus kira-kira 400 meter sejak pagi semalam berikutan hujan lebat dan tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan termasuk kenderaan berat. Perkhidmatan membawa kakitangan hospital dan penjaga pesakit, menggunakan jengkaut dan bot disediakan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Ajil Silaturrahim bagi memastikan petugas hospital dapat meneruskan khidmat mereka meskipun laluan utama terjejas teruk. — fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Dalam menghadapi bencana banjir, imej seorang pemimpin sering menjadi tumpuan. Kehadiran di lapangan, pemakaian jaket hujan, kasut getah, dan kesanggupan untuk turut sama merasai susah payah rakyat menjadi simbol solidariti. Namun, adakah semua ini cukup untuk menyentuh hati rakyat? Atau ia sekadar menjadi stereotaip yang kerap diulang tanpa keikhlasan sebenar?

Pakaian seorang pemimpin harus mencerminkan keadaan. Jika di lapangan, biarlah basah kuyup bersama petugas. Kasut getah yang kotor dan jaket hujan yang basah melambangkan pemimpin yang benar-benar berada di medan. Namun, apabila hadir ke pusat perlindungan sementara (PPS), eloklah berpakaian kering dan kemas agar suasana terasa lebih teratur dan profesional. Pemimpin perlu fleksibel, sesuai dengan keperluan keadaan, bukan sekadar menjaga imej.

Kita di Kelantan telah memerintah selama 34 tahun. Tidak perlu gimik atau pendekatan baharu. Apa yang perlu ialah kesinambungan kepimpinan yang jelas, ketulusan bersama rakyat, dan hala tuju yang teratur. Pemimpin seperti Dato’ Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Negeri dan timbalannya menunjukkan bahawa kenyataan daripada pejabat atau sidang media juga berkesan, selagi ia dibuat dengan data yang tepat dan strategi yang jelas.

Rakyat menghargai tindakan yang jujur, bukan imej yang disengajakan. Arwah Tok Guru, sebagai contoh, tetap dengan berserban dan baju tradisionalnya, walaupun dalam situasi banjir. Beliau menunjukkan bahawa simbol kepimpinan sebenar bukan pada pakaian moden tetapi pada kehadiran tulus bersama rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *