
PASIR MAS – Dalam suasana cemas banjir yang melanda negeri Kelantan, YAB Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang, menunjukkan kepimpinan luar biasa apabila turun padang sendiri mengemudi bot untuk menyelamatkan mangsa yang terjejas. Aksi berani dan cekap ini menjadi simbol keteguhan seorang pemimpin yang mengutamakan rakyat dalam apa jua keadaan.
Operasi pemindahan mangsa pada petang ini menjadi semakin kritikal dengan paras air yang terus meningkat, arus deras, dan cabaran yang menguji kecekapan pasukan penyelamat. Laluan yang perlu dilalui bukan sahaja dipenuhi dengan sampah sarap yang sering menyekat kipas bot, tetapi juga kawasan sukar seperti bendang, kebun getah, pagar kebun, dan pokok mati.
Menteri Besar, yang turut dibantu anaknya, bukan sekadar memantau tetapi turut sama mengemudi bot di kawasan banjir. Keberanian beliau untuk menghadapi arus deras sambil memastikan keselamatan mangsa menjadi kebanggaan rakyat Kelantan.
Misi ini juga terpaksa dihentikan sebelum malam tiba demi memastikan keselamatan semua pihak. Namun, keberanian dan dedikasi Menteri Besar Kelantan dalam keadaan yang mencabar ini terus menjadi inspirasi kepada semua pasukan penyelamat dan rakyat negeri ini.
Kehebatan Dato’ Panglima Perang sebagai seorang pemimpin bukan hanya dalam pentadbiran tetapi juga di lapangan, membuktikan Kelantan dipimpin oleh seorang tokoh yang sanggup berkorban untuk rakyat. Doa seluruh rakyat Kelantan dipanjatkan agar misi ini berjalan lancar dan setiap mangsa diselamatkan dengan selamat.
Leave a Reply