Kebenaran Itu Menuntut Dirinya

YB Nik Bahrum Desak Pelarasan Gaji untuk Penjawat Kontrak

KOTA DARULNAIM, 24 November – Kebajikan penjawat lantikan kontrak di urus setia kerajaan negeri mendapat perhatian serius apabila Ahli Dewan Negeri (ADN) Chempaka, YB Nik Bahrum Nik Abdullah, mencadangkan pelarasan gaji sebanyak 15 peratus untuk mereka.

Ketika membahaskan Belanjawan Negeri Kelantan 2024, beliau menegaskan bahawa langkah ini perlu dilaksanakan agar penjawat kontrak turut merasai keadilan seperti penjawat awam di bawah skim SSPA.

“Pelaksanaan pelarasan ini penting untuk memastikan semua penjawat yang berkhidmat kepada kerajaan negeri menikmati kesejahteraan tanpa mengira status lantikan,” jelasnya.

Sebagai Timbalan Exco Pembangunan Islam, Penerangan, Dakwah, dan Hubungan Seranta, YB Nik Bahrum yakin cadangan ini mampu meningkatkan motivasi penjawat awam serta mewujudkan kesaksamaan dalam pengurusan sumber manusia kerajaan negeri.

Usul ini diharap menjadi langkah penting ke arah memperkukuhkan kebajikan penjawat kontrak, selaras dengan semangat keadilan dalam perkhidmatan awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *