
Kota Bharu, 19 November 2024 – Mohd Hapis bin Hasan, 36 tahun, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah di 605 Kampung Tok Dokang, Badang, Kota Bharu sekitar jam 6.00 pagi semalam dan masih belum pulang. Beliau mengalami masalah kemurungan, dan keluarga bimbang akan keselamatannya.
Sepasang selipar dipercayai miliknya ditemui di kawasan bendang berhampiran kedai kopi Pok Jik. Laporan polis telah dibuat, dan orang ramai dimohon membantu mencari beliau.
Maklumat Mangsa:
- Nama: Mohd Hapis bin Hasan
- Umur: 36 tahun
- Keadaan: Mengalami kemurungan
Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta segera menghubungi 017-9502260 atau balai polis berhampiran. Kerjasama anda amat dihargai. Semoga beliau ditemukan dalam keadaan selamat.
Leave a Reply