Kebenaran Itu Menuntut Dirinya

Dato’ Dr Izani Husin Buat Kemunculan Semula di Hadapan 3,000 Rakyat Yang Rindu

PENGKALAN CHEPA, 6 Oktober 2024 – Dato’ Dr Izani Husin, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, membuat kemunculan semula yang dinanti-nantikan setelah berehat selama dua bulan akibat pembedahan tulang belakang. Kehadirannya dalam keadaan yang semakin sihat dan bertenaga disambut oleh lebih 3,000 rakyat Kelantan yang rindu akan kehadirannya dalam pelbagai acara.

Dr Izani telah menyertai penuh semua program sempena sambutan ulang tahun ke-55 hari keputeraan Sultan Kelantan. Dari solat Jumaat bersama rakyat hingga majlis istiadat penganugerahan kehormatan, beliau memperlihatkan komitmen dan keteguhan dalam melaksanakan tugas sebagai Exco yang bertanggungjawab terhadap infrastruktur dan kesejahteraan negeri. Selain itu, beliau turut mengiringi Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, semasa lawatan rasmi sehari ke Kelantan, menandakan peranannya yang penting dalam hubungan negeri dan kerajaan persekutuan.

Kemunculan Dr Izani yang kini lebih sihat dan bertenaga memberi keyakinan kepada rakyat bahawa beliau kembali dengan semangat baharu. Tokoh yang dikenali dengan kempen “Kelantanku Bersih” ini bertekad untuk terus memastikan Kelantan bergerak maju, terutama dalam menghadapi musim tengkujuh yang dijangka membawa gelombang besar setiap 10 tahun. Dr Izani sudah mula merangka persediaan untuk menghadapi banjir, dengan menekankan pentingnya kesejahteraan rakyat DUN Kijang dan seluruh Kelantan sentiasa dijaga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *