Kebenaran Itu Menuntut Dirinya

Pesta Air Kelantan 2024: Saksikan Pertandingan Perahu Panjang & Aksi Menarik di Kuala Besar!

Foto: TIC Kelantan

KOTA BHARU, 2 Oktober – Pesta Air Kelantan 2024 membuka tirainya hari ini dengan saringan pertandingan perahu panjang di Pejabat Laut, Kuala Besar, Kota Bharu. Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori utama iaitu Kategori Kelantan (Tertutup) dan Kategori Kelantan (Terbuka).

Kategori Tertutup menyaksikan penyertaan seramai 13 pasukan, manakala Kategori Terbuka melibatkan 8 pasukan, termasuk dari Terengganu. Program kemuncak dijadualkan berlangsung esok, 3 Oktober 2024, pada jam 3.00 petang.

Antara pengisian program yang menarik perhatian adalah demonstrasi daripada Pasukan Maritim dan Bomba serta persembahan kebudayaan nyanyian. Orang ramai dijemput untuk hadir memberikan sokongan kepada pasukan yang bertanding dalam Pesta Air Kelantan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V yang ke-55. Pelbagai jualan dan pameran juga disediakan sepanjang program ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *