Kebenaran Itu Menuntut Dirinya

Mantan Imam Muda Masjid Badang, Ustaz Haji Abdul Manaf bin Abdul Karim Meninggal Dunia

KOTA BHARU, 21 Sept — Mantan imam muda Masjid Badang dan mantan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Pengkalan Chepa, Ustaz Haji Abdul Manaf bin Abdul Karim, telah meninggal dunia pada jam 4.40 petang tadi.

Jenazah Allahyarham akan disolatkan pagi esok di Masjid Mukim Badang. Kehilangan beliau adalah satu kehilangan besar kepada komuniti setempat, khususnya dalam kalangan jemaah yang pernah menerima bimbingan daripada Allahyarham sepanjang perkhidmatan beliau sebagai imam dan aktivis PAS.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *