Kebenaran Itu Menuntut Dirinya

Kehadiran Dr. Izani Meriahkan Karnival Cakna Rakyat DUN Panchor

Foto: Muhammad Al Baidhawi Md Ghazali

PENGKALAN CHEPA, 21 September – Datuk Dr. Haji Izani bin Husin, Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan ADUN Kijang, membuat penampilan istimewa di Karnival Cakna Rakyat DUN Panchor hari ini meskipun sedang bercuti akibat pembedahan tulang belakang. Kehadiran beliau bersama Dato’ Sri Amar D’Raja Kelantan menyuntik semangat kepada rakyat dan mencerminkan kebersamaan dengan pemimpin setempat.

Karnival bertemakan “Orang Kampung” ini disambut meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat setempat. Acara ini lebih bermakna kerana penglibatan mereka yang hadir bukan atas dasar komitmen kepada organisasi seperti hari keluarga syarikat atau jabatan, tetapi atas semangat komuniti dan kekeluargaan yang kuat.

Pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan bayi comel dan sukaneka telah memeriahkan suasana, melibatkan ibu bapa dan anak-anak yang turut serta dengan gembira.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *