Kebenaran Itu Menuntut Dirinya

Nostalgia Cub Prix: Orang Lama Berkongsi Kenangan

Foto: Facebook Malaysian Cub Prix

Dalam sebuah grup WhatsApp, nostalgia tentang permotoran di Kelantan kembali dibangkitkan. Pelbagai cerita dan kenangan dikongsi, termasuk mengenai lokasi-lokasi seperti Taman Bendahara di Pengkalan Chepa dan Jalan Padang Tembak yang pernah menjadi medan perlumbaan. Carian menunjukkan kali terakhir perlumbaan Cub Prix berlangsung di Kelantan adalah di Pasir Puteh pada tahun 2017, iaitu Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS. 

Keunikan penganjuran di Kelantan bukan sekadar terletak pada lokasi, tetapi juga dalam pematuhan kepada syariah. Berbanding negeri lain, Kelantan mempunyai peraturan yang lebih ketat, seperti tidak membenarkan gadis berpakaian seksi sebagai pemegang payung. “Di sini, kita ada peraturan yang menjaga budaya dan agama, tapi sukan tetap seronok,” kata seorang ahli grup, mengimbau kembali bagaimana perlumbaan tetap meriah tanpa mengorbankan nilai tempatan.

Selain itu, seorang ahli turut berkongsi bahawa kelebihan Cub Prix adalah pelibatan tempatan, di mana pelumba dan mekanik terdiri daripada anak-anak kampung. “Berbanding MotoGP, Cub Prix lebih dekat di hati, sebab kita boleh lihat perlumbaan dari jarak dekat, tak terlalu laju, dan masuk percuma,” katanya. Ini memberi Cub Prix kelebihan dari segi aksesibiliti dan keterlibatan komuniti, menjadikannya sukan yang benar-benar dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Satu acara yang dinantikan oleh peminat motosikal Yamaha RXZ bakal berlangsung pada 28 September 2024 di Karnival Cakna Rakyat DUN Kijang. Acara ini dijangka menarik kehadiran pemilik dan peminat tegar model RXZ dari seluruh negeri.

Ini merupakan satu lagi usaha bagi merapatkan komuniti peminat motosikal terutama RXZ, sambil menikmati suasana kemeriahan di DUN Kijang. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *