Kebenaran Itu Menuntut Dirinya

Dato’ Sri Amar D’Raja Kelantan Wakili PAS di Penamaan Calon Mahkota Esok

Dato’ Sri Amar D’Raja Kelantan bergambar dengan isteri di lobi Pullman Kuching, Sarawak

Yang Berhormat Mulia, Dato’ Sri Amar D’Raja, Dato’ Mohd Amar bin Abdullah, Naib Presiden PAS dan Speaker Dewan Negeri Kelantan, dijadualkan mewakili parti tersebut di Penamaan Calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota esok. Perkongsian ini diumumkan melalui sebuah pantun di laman Facebook rasmi beliau. Dalam pantun tersebut, beliau menyatakan perjalanan beliau dari Kuching ke Kuala Lumpur, sebelum ke Kluang bagi menghadiri penamaan calon itu.

Dato’ Sri Amar baru sahaja pulang dari Sarawak selepas menyertai Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia yang berlangsung pada 11 hingga 14 September 2024. Selepas penamaan calon, beliau akan terus bertolak ke Temerloh untuk menghadiri Muktamar PAS.

PRK DUN Mahkota diadakan berikutan kekosongan kerusi tersebut susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Sharifah Azizah Syed Zain. Perikatan Nasional (PN) telah mencalonkan bekas pemain bola sepak Johor FA, Mohamad Haizan Jaafar, manakala Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *