
KUALA LUMPUR – Dalam satu sesi temu bual dengan wartawan kami semasa program ziarah di DUN Kijang semalam, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Datuk Dr Ahmad Marzuk bin Shaary, telah menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Raja Petra Kamarudin, penulis blog terkenal dan pengendali portal Malaysia Today. Raja Petra telah meninggal dunia di Manchester, United Kingdom.
Dalam ucapan takziahnya, Datuk Dr Ahmad Marzuk berkata, “Saya ingin menyampaikan takziah yang mendalam kepada keluarga Raja Petra Kamarudin yang telah dijemput Ilahi malam tadi di Manchester, United Kingdom. Semoga ALLAH SWT memberikan keampunan kepada beliau dan meringankan beban keluarga yang ditinggalkan.”
Selain itu, Datuk Dr Ahmad Marzuk juga mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Ahli Parlimen Peringat (kini Ketereh), Muhamad Mustafa yang juga meninggal dunia semalam. “Saya turut mendoakan agar roh Almarhum Muhamad Mustafa ditempatkan bersama para solihin. Beliau adalah seorang sahabat dan juga pemimpin yang telah banyak berjasa,” tambah beliau.
Muhamad Mustafa, yang berusia 66 tahun, meninggal di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian akibat komplikasi jantung. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara dari tahun 2017 hingga 2020 dan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit dari tahun 2008 hingga 2013.
Leave a Reply