Kebenaran Itu Menuntut Dirinya

Anwar Tempelak Kenyataan Teresa Kok: Bincang Dalam Mesyuarat, Bukan Cetus Kekecohan

Foto: AFP / Kristina Kormilitsyna

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, mencetuskan kontroversi apabila mendakwa cadangan mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan daging babi atau alkohol akan menambah beban kepada peniaga kecil. Menurutnya, langkah tersebut bukan sahaja bertentangan dengan semangat kepelbagaian budaya, tetapi juga akan memberi kesan negatif kepada ribuan pengusaha restoran Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar, menjelaskan bahawa cadangan itu masih dalam pertimbangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan memerlukan pelbagai langkah serta pindaan undang-undang sebelum ia boleh dikuatkuasakan. Setakat ini, tiada undang-undang yang mewajibkan premis makanan memiliki sijil halal, dan pelaksanaannya akan melibatkan banyak agensi penguatkuasaan.

Mengulas isu ini, Perdana Menteri menegaskan kenyataan Naib Presiden DAP itu hanya mencetuskan kontroversi yang tidak relevan dalam konteks masyarakat di Malaysia. Beliau yang juga Menteri Kewangan menasihati pemimpin politik untuk menyuarakan sebarang cadangan atau kebimbangan mereka dalam mesyuarat rasmi, agar ia dapat diteliti secara menyeluruh dan tidak menimbulkan kekeliruan atau ketegangan di kalangan rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *