Kebenaran Itu Menuntut Dirinya

Tindakan Tegas Terhadap Pemandu Bas: Video Usap Bibir Dan Cium Pipi Kanak-Kanak Cetus Kontroversi

Foto: beautifulnara

Sejak semalam, seorang pemandu bas muda telah menjadi sasaran kemarahan warganet selepas menggunakan pelajar sekolah rendah sebagai ‘konten’ di TikTok. Video-video yang dimuat naik menunjukkan lelaki tersebut tidak malu merakamkan dirinya menguruskan seorang murid yang tidur di dalam basnya. Dalam salah satu video, lelaki terbabit dilihat mengusap rambut, membelai muka, malah menyentuh bibir dan mencium pipi murid tersebut.

Video dan kapsyen yang dimuat naik memperlihatkan pemandu bas tersebut memperlakukan murid seperti ‘crush’, sesuatu yang menimbulkan kemarahan ramai. Pengikut TikTok lelaki ini mencapai 600 ribu, dan sebahagian pengikutnya menunjukkan minat terhadap video yang dianggap jijik oleh ramai netizen. Ramai pengguna media sosial menggesa pihak berkuasa, khususnya @PDRMsia, untuk mengambil tindakan segera terhadap pemandu bas ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, telah mengarahkan tindakan segera dan menegaskan bahawa perilaku tersebut tidak boleh diterima dan tidak seharusnya dinormalisasikan. Mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, berkongsi gambar atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa adalah pelanggaran hak dan privasi.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, mengesahkan bahawa lelaki berusia 24 tahun itu telah ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang pada jam 2.57 pagi Jumaat. Polis turut merampas telefon bimbit lelaki tersebut yang dipercayai digunakan untuk memuat naik video tersebut. Siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 15 (a)(iii) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 15(2) Akta Kanak-Kanak 2001.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *