Kebenaran Itu Menuntut Dirinya

SG4 Group Yang Dijenamakan Semula untuk Perkukuh Hubungan Ekonomi Antara Negeri

Mentri Besar Trengganu, kini tertera sebagai pemilik dan pemegang saham utama dalam syarikat SG4 Group Sdn Bhd, sebuah entiti perniagaan yang telah dijenamakan semula pada Februari 2024. Syarikat ini pada asalnya dikenali sebagai MBI Terengganu Capital Sdn Bhd, yang didaftarkan pada Februari 2021 sebelum ini merupakan anak syarikat milik MBI Modal Sdn Bhd.

Mentri Besar, Trengganu Incorporated (MBI) telah ditubuhkan pada tahun 1951 di bawah Enakmen No. (1) Tahun 1951. Pada masa ini, YAB Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar memegang jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu dan berperanan sebagai badan korporat untuk MBI.

SG4 Group kini dipimpin oleh lembaga pengarah berkaliber yang terdiri daripada tokoh-tokoh profesional yang berpengalaman dan dihormati dalam bidang masing-masing. Antaranya ialah YB Tuan Rushdan Bin Rusmi, Ahli Parlimen Padang Besar, yang mempunyai pengalaman luas dalam arena politik dan pembangunan masyarakat. Ir. Dr. Irfan Abd Rahim dari Universiti Malaysia Perlis turut menjadi sebahagian daripada lembaga pengarah ini, membawa bersama kepakaran dalam bidang akademik dan kejuruteraan. Mohd Badaruddin Bin Ismail, yang pernah menjawat jawatan sebagai Bendahari PASTI Malaysia, menyumbang pengalamannya dalam pengurusan kewangan dan organisasi. Turut menyertai barisan pengarah adalah Muhammad Ramizu bin Mustaffa, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan di Terengganu Incorporated Sdn Bhd, yang terkenal dengan kemahiran beliau dalam kewangan korporat dan strategi perniagaan.

SG4 Group juga telah ditubuhkan sebagai sebuah entiti khas dengan tujuan khusus untuk pengumpulan dana pembiayaan yang akan digunakan untuk membiayai infrastruktur dan projek-projek lain di negeri Terengganu.

Selain itu, SG4 Group juga dilihat sebagai satu platform strategik dalam memperkasa kerjasama antara negeri, terutamanya dalam konteks ekonomi, pelaburan, dan pembangunan modal insan. Di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, SG4 Group dijangka akan terus berkembang dan memberi manfaat bukan sahaja kepada Terengganu, tetapi juga kepada negeri-negeri lain dalam rangka SG4.

Dengan pelan perniagaan yang jelas dan komitmen yang kukuh daripada semua pihak, SG4 Group Sdn Bhd mempunyai peluang cerah untuk mencapai kecemerlangan dan mencipta legasi yang berkekalan dalam lanskap korporat Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *