-
TYDP Dicabar, YDP dan NYDP Kekal Tanpa Bertanding
KOTA BHARU – Proses pemilihan kepimpinan PAS Kawasan Pengkalan Chepa bagi sesi baharu menyaksikan permulaan yang tertib namun tetap mencuri tumpuan apabila berlaku pertandingan bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua (TYDP). Dua jawatan utama, iaitu Yang Dipertua (YDP) dan Naib Yang Dipertua (NYDP), masing-masing dimenangi tanpa bertanding, membuktikan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi daripada para perwakilan…
-
Semakan Terakhir Persiapan Pemilihan Dijalankan Dengan Tersusun dan Teliti
Pengkalan Chepa – Suasana tenang dan teratur menyelubungi dewan menjelang sesi pemilihan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Pengkalan Chepa Kali Ke-53 apabila semakan akhir persiapan pengundian dijalankan secara bersama oleh Jawatankuasa Pemilihan (JKP) dari Kubang Kerian yang diberi tanggungjawab utama, dengan dibantu sepenuhnya oleh pasukan JKP dari Pengkalan Chepa sendiri. Pasukan gabungan ini menjalankan pemeriksaan teliti…
-
Suara Dari Negeri Yang Belum Menang, Tapi Penuh Aset Perjuangan
KOTA BHARU – “Orang kalah nak nasihat orang menang?” ujar Pesuruhjaya PAS Pahang, YB Dato’ Ustaz Haji Rosli Abdul Jabar dalam nada berseloroh membuka ucapan perasmiannya di Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Pengkalan Chepa Kali Ke-53 yang berlangsung penuh semangat di Dewan Besar PUTIK. Namun soalan sindiran itu segera dijawab sendiri dengan penuh keyakinan, menzahirkan…
-
Mesyuarat Agung PAS Pengkalan Chepa: “Pokok Perjuangan Tetap Kukuh Berdiri”
KOTA BHARU – Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Pengkalan Chepa kali ke-53 yang berlangsung hari ini menyaksikan bukan sahaja pertemuan formal tahunan jemaah, malah menjadi pentas muhasabah dan pencerahan makna perjuangan sebenar dalam gerakan Islam tanah air. Dalam satu hantaran penuh makna, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, Yang Berhormat Nik Bahrum Nik Abdullah menyifatkan…
-
Wira Senyap Di Sebalik Tabir Jayakan Mesyuarat Agung PAS Pengkalan Chepa
KOTA BHARU – Di saat sorakan dan tepukan bergema dalam Dewan Besar PUTIK, satu pasukan lain bekerja tanpa henti, tidak kelihatan di hadapan lensa tetapi menjadi nadi utama kelancaran acara. Mereka adalah pasukan media dan teknikal Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Pengkalan Chepa Kali Ke-53. Bermula seawal Subuh, pasukan ini mengatur peralatan, menguji sistem audio…
-
Ucapan Padu Dato’ Sri Amar D’Raja Gegar PUTIK, Tegas Perlu Disiplin & Istiqamah!
KOTA BHARU – Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Pengkalan Chepa Kali Ke-53 dibuka dengan penuh penghayatan menerusi alunan ayat suci al-Quran oleh Qari jemputan, Mohd Nazri bin Daud, bilal Masjid Jamek D’Raja Long Yunus, Langgar. Alunan yang meresap ke jiwa itu menghidupkan suasana spiritual dan memperteguh semangat hadirin dalam medan tahunan jemaah ini. Majlis…