
PENGKALAN CHEPA – YB Nik Bahrum Nik Abdullah hari ini menolak pencalonan bagi jawatan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa sempena Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-53.
Penolakan tersebut dimaklumkan sebelum jam 2 petang, Selasa 24 Jun 2025, iaitu waktu akhir bagi semua calon menjawab pencalonan yang diterima daripada cawangan.
Dengan keputusan itu, penyandang sedia ada, Ustaz Fathan Mahmood, dijangka kekal menerajui jawatan tersebut. Namun setakat ini, belum dapat disahkan sama ada wujud pencabar lain yang mengesahkan penerimaan pencalonan.
Langkah yang diambil oleh Nik Bahrum dipandang tinggi oleh para ahli kerana menggambarkan keutamaan terhadap kestabilan dan keharmonian jemaah.
Leave a Reply