Kebenaran Itu Menuntut Dirinya

Pesawat Malaysia Airlines MH66 Patah Balik ke KLIA Akibat Masalah Teknikal

KUALA LUMPUR: Sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi, mengejutkan ramai pihak.

Pesawat MH66, yang merupakan penerbangan dari KLIA ke Seoul, Korea Selatan, terpaksa berpatah balik hanya beberapa minit selepas berlepas pada jam 11:50 malam, menurut kenyataan laman web FlightRadar. Pesawat jenis Airbus A330-323 ini selamat mendarat di KLIA pada jam 12:34 pagi, dipercayai kerana masalah teknikal.

Kenyataan tersebut menegaskan bahawa semua penumpang selamat dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Insiden ini telah mendapat perhatian ramai di media sosial, di mana netizen meluahkan rasa kebimbangan mengenai kekerapan kejadian sebegini melibatkan pesawat Malaysia Airlines. Antara komen yang tular termasuk pandangan yang lebih baik bagi pesawat untuk berpatah balik jika berlaku masalah teknikal demi keselamatan penumpang.

Ketua Portfolio Pengangkutan Perikatan Nasional (PN), Ir Ts Khairil Nizam Khirudin, sebelum ini menyuarakan kebimbangan terhadap insiden sebegini dan menuntut penjelasan daripada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, serta Khazanah Nasional Berhad mengenai faktor-faktor yang mungkin menyumbang kepada masalah ini, termasuk penglibatan SIA Engineering Company Limited (SIAEC) yang memajak hangar di Subang.

Ahli Parlimen Parit, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib, juga menggesa Kementerian Pengangkutan untuk segera menyiasat punca masalah teknikal yang sering berlaku pada pesawat Malaysia Airlines kebelakangan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *