Kebenaran Itu Menuntut Dirinya

Kelantan Diserbu Anak Perantau: Jeli, Gua Musang, Pasir Puteh, Tumpat dan Pengkalan Chepa Jadi Tumpuan!

KOTA BHARU – Polis Kelantan mengesahkan lebih sejuta kenderaan dari seluruh negara telah membanjiri negeri ini sejak awal minggu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal diraikan esok. Kemasukan luar biasa ini disahkan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, yang memaklumkan bahawa kesesakan terbesar dicatatkan di tiga pintu masuk utama negeri iaitu melalui Jeli, Pasir Puteh dan Gua Musang.

Fenomena tahunan ini bukan sahaja memperlihatkan kerinduan mendalam anak perantau terhadap kampung halaman, malah menunjukkan kepadatan yang luar biasa di sepanjang jalan-jalan utama Kelantan yang menghala ke Kota Bharu dan kawasan sekitarnya.

Tumpuan turut terarah ke Tumpat apabila sambutan perantau di kawasan tersebut berlangsung meriah dengan penyertaan pimpinan tertinggi PAS negeri negeri, Dato’ Bentara Kanan Pesuruhjaya PAS Kelantan bersama Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kak Taz, hadir memeriahkan sambutan yang menghimpunkan ribuan warga perantau dan penduduk tempatan.

Tumpat turut berfungsi sebagai pintu masuk penting ke negeri ini menerusi perkhidmatan kereta api yang dilaporkan penuh sesak dengan tempahan tiket sejak akhir Ramadan. Tidak ketinggalan, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa menjadi salah satu laluan utama dengan ratusan penerbangan keluar masuk setiap hari menjelang Syawal.

Polis turut menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati, mematuhi arahan petugas trafik dan mengutamakan keselamatan sepanjang musim perayaan ini. Kelantan kini menjadi negeri paling sibuk di Pantai Timur, menandakan rindu tidak bertepi rakyatnya yang sentiasa kembali menyambung kasih di tanah tumpah darah sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *