
PENGKALAN CHEPA, 4 Mac 2025 – Berita Padu dengan rasa dukacita dimaklumkan bahawa Mantan Penghulu Mukim Banggol, Mahadi bin Mat Husin, telah meninggal dunia. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar, khususnya kepada masyarakat setempat yang pernah menerima khidmat beliau sepanjang hayatnya.
Setakat ini, Berita Padu masih belum menerima butiran lanjut mengenai punca pemergian serta jadual pengebumian Allahyarham. Namun, pihak keluarga dan kenalan rapat dijangka akan mengumumkan maklumat berkaitan dalam masa terdekat.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
Menurut maklumat terkini, solat jenazah Allahyarham akan dilaksanakan selepas solat Asar di Masjid Banggol. Orang ramai, khususnya kenalan dan ahli keluarga, dijemput untuk hadir bagi memberi penghormatan terakhir.
Leave a Reply