
Perhimpunan aman pada 6 Januari ini dijangka menarik perhatian ramai, bertujuan menyatakan solidariti terhadap titah addendum Yang di-Pertuan Agong yang didakwa cuba disembunyikan daripada pengetahuan umum. Perhimpunan ini bukan sahaja membongkar kepincangan sistem, tetapi juga mendedahkan permainan politik UMNO, DAP, dan PKR, yang masing-masing membawa agenda tersendiri.
Lim Guan Eng dari DAP, dalam kenyataannya, menunjukkan ketidakselesaan terhadap perhimpunan ini, sementara Zahid Hamidi, Presiden UMNO, membalas dengan gesaan agar “tidak menyiku kawan.” PKR, yang diketuai Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri, sebaliknya berada dalam kedudukan yang sepatutnya paling tahu dan bertanggungjawab dalam perkara ini. Malangnya, sehingga kini, tiada tindakan konkrit daripada Anwar untuk menjelaskan isu tersebut, menimbulkan persoalan besar tentang ketelusan dan integriti kerajaan yang dipimpinnya.
Najis Kontroversi: Kes-Kes yang Masih Membelenggu
Ketiga-tiga parti ini tidak dapat lari daripada bayangan kontroversi yang mencemari nama baik mereka. Lim Guan Eng dari DAP, contohnya, terpalit dengan kes pembelian banglo bawah harga pasaran yang digugurkan pada tahun 2018 tanpa perbicaraan penuh, meskipun SPRM menyuarakan rasa terkejut. Selain itu, beliau turut berdepan dengan tuduhan dalam projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang, di mana perbicaraan masih diteruskan walaupun prosesnya dipersoalkan ramai.
Ahmad Zahid Hamidi dari UMNO pula mencuri perhatian dengan kes Sistem Visa Luar Negara (VLN), di mana beliau dilepas dan dibebaskan pada tahun 2022 atas alasan tiada kes prima facie. Dalam kes Yayasan Akalbudi, beliau dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) pada tahun 2023, menimbulkan kekecewaan ramai yang melihat keputusan ini sebagai tanda ketidakadilan sistem.
PKR berada di bawah tekanan besar kerana Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri gagal memberikan penjelasan yang jelas tentang titah addendum ini. Sebagai ketua kerajaan, beliau sepatutnya menjadi pihak pertama yang memastikan isu ini ditangani secara telus dan bertanggungjawab, namun apa yang kelihatan hanyalah keheningan yang mencurigakan.
Wayang Politik yang Memualkan
Hakikatnya, UMNO, DAP, dan PKR sibuk bermain wayang politik untuk mengaburi mata rakyat. UMNO dan DAP cuba mencipta naratif seolah-olah mereka tidak sehaluan, walhal kedua-duanya berada dalam kerajaan yang sama. PKR pula, dilihat tidak bertindak dengan berani dalam menangani isu yang melibatkan titah Agong, mencetuskan persoalan besar tentang keutamaan mereka.
Leave a Reply