Kebenaran Itu Menuntut Dirinya

Memperkasa Usahawan, Membantu Pengantin: Dato’ Sri Amar D’Raja Terus Mendekati Rakyat

KOTA BHARU, 17 November 2024 – Dato’ Sri Amar D’Raja Kelantan sekali lagi menunjukkan komitmennya dalam membela rakyat dengan menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri Kelantan di Pusat Khidmat Dato’ Sri Amar D’Raja Kelantan. Majlis ini menyaksikan penyerahan pelbagai bantuan yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat, termasuk golongan usahawan dan pengantin baru.

Sebanyak dua penerima menerima sumbangan di bawah Skim Az-Ziwaaj, tujuh penerima di bawah Tabung Usahawan, dan lima belas lagi menerima bantuan melalui Skim Bina Usahawan. Sumbangan untuk usahawan termasuk peralatan seperti dapur memasak, komputer riba, dan tangga, yang bertujuan membantu mereka memulakan atau mengembangkan perniagaan.

Dato’ Sri Amar D’Raja menekankan pentingnya memastikan bantuan ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh penerima. “Misi ini adalah kesinambungan daripada legasi Tok Guru yang telah menetapkan wawasan jauh untuk membangunkan Kelantan berteraskan Islam dan membela rakyat dengan sebaik mungkin,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa DUN Panchor di bawah pimpinannya akan terus memberi tumpuan kepada usaha membangunkan ekonomi rakyat, khususnya melalui program yang menyokong golongan usahawan kecil dan sederhana serta membantu pengantin baru memulakan kehidupan berkeluarga.

“Kita bukan sekadar memberi bantuan, tetapi memastikan ia memberi impak jangka panjang kepada penerima, sekaligus menyokong pembangunan negeri Kelantan yang mampan,” tambahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *