Kebenaran Itu Menuntut Dirinya

Abdullah Sani Pertahankan Tindakan Bawa Pistol Ke Mana Saja

SHAH ALAM – Bekas Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid, mempertahankan tindakannya membawa pistol selepas video yang menunjukkan beliau berbuat demikian tular di media sosial pada Khamis.

Abdullah Sani menjelaskan bahawa beliau memiliki lesen senjata api sejak tahun 2012 dan mendakwa bahawa senjata api tersebut perlu sentiasa berada dalam penjagaannya.

“(Senjata api) hendaklah sentiasa berada dalam jagaan saya. (Saya) bukan hanya (bawa senjata api) di stadium, tetapi bawa ke mana sahaja saya pergi,” katanya menerusi hantaran di aplikasi X.

Video yang tular itu menunjukkan Abdullah Sani, yang juga pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), membawa pistol selepas satu sidang media di Stadium Cheras, Kuala Lumpur, pada Selasa lalu.

Video berdurasi 14 saat tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen, terutamanya kerana insiden itu berlaku semasa acara rasmi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *