
PENGKALAN CHEPA – YB Nik Bahrum, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, meneruskan tanggungjawab sosialnya dengan menyalurkan sumbangan awal kematian kepada wakil keluarga yang kehilangan ahli keluarga pada bulan Jun dan Julai 2024.
Dalam program rutin bulanannya, YB Nik Bahrum berjumpa dengan wasi-wasi bagi memastikan setiap keluarga yang terlibat menerima bantuan awal serta memastikan urusan berkaitan si mati dapat diselesaikan dengan lancar demi kesejahteraan keluarga yang ditinggalkan.
Langkah ini mencerminkan keprihatinan YB Nik Bahrum terhadap kebajikan masyarakat di DUN Chempaka, khususnya dalam membantu keluarga yang berdepan dengan kehilangan orang tersayang.
Leave a Reply