
PENGKALAN CHEPA – Luqman Al-Hakim, anak jati Kampung Semut Api dari DUN Kijang, mencipta sejarah apabila berjaya meraih pingat emas ke-7 untuk negeri Kelantan dalam acara pencak silat kategori Lelaki H (80-85kg) di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak, semalam.
Luqman, yang merupakan anak kepada Penghulu Faizal dari Mukim Semut Api, menunjukkan semangat juang yang luar biasa dan dedikasi yang tinggi dalam arena sukan pencak silat. Kejayaan ini bukan sahaja hasil usaha gigihnya, tetapi juga berkat doa daripada kedua-dua ibu bapanya, guru-guru silat, dan semua pihak yang terlibat.
Di sebalik kesibukan latihan, Luqman tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai anak. Beliau tetap tekun menjaga ibunya yang menghidap penyakit buah pinggang, memuliakan ibunya dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang.
Kejayaan ini diharapkan menjadi permulaan kepada lebih banyak pencapaian cemerlang buat Luqman di masa hadapan. Tahniah Luqman Al-Hakim! Anda adalah kebanggaan DUN Kijang dan seluruh negeri Kelantan.
Leave a Reply