
Kota Bharu, 22 September – Satu kejadian kebakaran telah menggemparkan pengguna Jalan Tok Guru berhampiran Taman Uda Murni pagi ini, sekitar jam 7.45 pagi. Kejadian berlaku ketika ramai penduduk setempat dan sibuk dalam perjalanan ke tempat kerja, menyebabkan keadaan menjadi cemas apabila api mula marak dengan pantas dan asap tebal kelihatan dari jauh.
Wartawan Berita Padu yang berada di lokasi melaporkan api sedang marak ketika itu, dengan penduduk sekitar segera bertindak untuk membantu. Beberapa pemandu kenderaan dilihat turut berhenti. Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa dilihat tiba di lokasi kira-kira 15 minit selepas kebakaran dilaporkan.
Sehingga laporan ini ditulis, punca kebakaran masih belum dapat dipastikan, dan pihak bomba masih menjalankan siasatan lanjut. Tiada laporan awal mengenai mangsa yang terlibat atau jumlah kerosakan yang dialami, dan maklumat lanjut akan diumumkan sebaik sahaja siasatan selesai.
Leave a Reply