
PENGKALAN CHEPA, 21 September – Karnival Cakna Rakyat Cempaka Sejahtera yang berlangsung serentak dengan Karnival Cakna Rakyat DUN Panchor, mencuri perhatian dengan pelbagai aktiviti menarik di perkarangan Masjid Mukim Pulau Panjang.
Acara ini dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Dr. Ahmad Marzuk Shaary, yang turut menyampaikan hadiah-hadiah cabutan bertuah kepada para peserta.
Karnival yang berlangsung dari pagi hingga malam ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik, termasuk permainan tradisional, pertandingan sukaneka, dan persembahan pentas, yang disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat. Kehadiran penduduk yang ramai mencerminkan sokongan dan apresiasi terhadap program yang mempertemukan mereka dengan pemimpin setempat secara lebih santai dan mesra.
Karnival tahunan ini, sentiasa berjaya mencipta suasana kekeluargaan yang menyatukan semua, menjadikan ia satu acara yang dinanti-nantikan untuk terus dijayakan di masa akan datang.
Leave a Reply