
TH Properties Sdn. Bhd. dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan YBhg. Datuk Haji Husam Musa sebagai Pengerusi baharu syarikat berkuatkuasa 1 Ogos 2024. Pelantikan ini diharapkan akan memperkukuh kedudukan syarikat dalam industri dan membuka jalan kepada pencapaian yang lebih besar.
Seluruh Ahli Lembaga Pengarah, pihak pengurusan, dan warga kerja TH Properties Sdn. Bhd. mengucapkan tahniah kepada Datuk Husam atas pelantikan tersebut. Mereka yakin bahawa kepimpinan dan pengalaman luas beliau akan membawa syarikat ke tahap yang lebih tinggi.
Sebelum ini, Datuk Husam pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), di mana beliau memimpin syarikat dalam pelbagai projek perumahan nasional yang penting. Dengan rekod prestasi cemerlang dalam sektor hartanah dan perumahan, beliau diyakini mampu memimpin TH Properties dengan penuh inovasi dan wawasan.
Pelantikan ini menandakan fasa baru bagi TH Properties Sdn. Bhd. di bawah kepimpinan Datuk Husam Musa, dan syarikat berharap dapat mencapai lebih banyak kejayaan di masa hadapan.
Leave a Reply