Kebenaran Itu Menuntut Dirinya

Akaun Palsu Menghujani Ruang Komentar Taktik Gagal Menutup Suara Rakyat Sabah

Gelombang kempen di Sabah terus hangat apabila tawaran baharu PN bertema Kasi Bagus Sabah menerima serangan balas daripada DAP BN Madanon yang cuba membandingkan keadaan Sabah dengan SG4 dan Kelantan. Naratif kononnya negeri negeri ini lebih teruk sengaja dimainkan bagi menyanggah sambutan positif rakyat Sabah terhadap tawaran pembaharuan tersebut.

Pemerhatian di lapangan menunjukkan rakyat Sabah melihat tawaran ini sebagai ruang keluar daripada kepincangan berpanjangan yang membelit negeri, terutama dalam isu asas seperti air, elektrik, pengurusan sampah dan infrastruktur. Cubaan menggambarkan semuanya sudah baik di Sabah dilihat sebagai langkah meremehkan pengalaman rakyat sendiri yang berdepan krisis saban tahun.

Bandingan yang dilemparkan ke arah Kelantan pula tidak selari dengan fakta. Kelantan tidak berdepan masalah seteruk Sabah dalam isu elektrik, jalan, air dan pengurusan sampah. Masyarakat Kelantan juga lantang menegur kerajaan jika berlaku kelemahan. Perubahan yang berlaku dapat dilihat rakyat dan tidak tenggelam dengan naratif rekaan.

Serangan balas di media sosial dikesan bermula lambakan akaun palsu yang baharu dicipta atau hanya mempunyai seorang rakan. Motifnya untuk menenggelamkan momentum positif kempen Kasi Bagus Sabah dan mempertahankan naratif in denial bahawa masalah negeri tidak seteruk realiti.

Pentadbir media sosial disaran bertindak tegas tanpa memberi ruang kepada akaun palsu, komen provokasi dan taktik perang saraf murahan. Fokus perlu terus diberikan kepada penyampaian fakta dan tawaran sebenar yang semakin mendapat perhatian rakyat Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *