At BP, we believe in the power of truth, unity, and strength in news reporting. Established with the mission to deliver reliable, current, and impactful news, we are committed to providing our audience with the stories that matter, both locally and globally.

Selesai Konvokesyen, Lurus Ke Himpunan. Pemuda Pengkalan Chepa Padu di Medan Ilmu dan Medan Perjuangan

KUALA LUMPUR – Lima tokoh muda dari Pengkalan Chepa yang baru sahaja menerima Diploma Tasawwur Islam daripada Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Malaysia (ILHAM) mencuri perhatian apabila terus menyertai Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka sebaik tamat majlis konvokesyen.

Majlis Konvokesyen ke-15 ILHAM berlangsung penuh istiadat di Dewan Dato’ Fadzil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, dengan penganugerahan disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Ibrahim bin Tuan Man.

Seramai 277 graduan diraikan dalam majlis berkenaan, termasuk 51 dari Kelantan. Dari jumlah itu, lima anak muda dari Pengkalan Chepa tampil menyerlah. Mereka ialah Mohamad Taufiq bin Ramli (Timbalan Ketua Pemuda), Nik Muhamad Sharul Aimiey bin Nik Hassan (Naib Ketua Pemuda), Muhammad Alfikri bin Abdullah (Penolong Setiausaha Pemuda I), Muhammad Afif bin Abdullah (AJK Pemuda DUN Chempaka), dan Samiah binti Abdullah (Timbalan Ketua Pengarah II Briged Muslimat Malaysia).

Uniknya, kelima-lima mereka tidak terus pulang selepas konvokesyen, sebaliknya meneruskan langkah bersama ribuan rakyat menuju ke Dataran Merdeka sebagai manifestasi semangat perubahan dan reformasi.

Diploma yang baru digenggam bukan sekadar pengiktirafan akademik, tetapi menjadi azimat untuk terus berdiri di saf hadapan perjuangan rakyat. Dalam suasana penuh semangat, laungan reformasi dan tuntutan rakyat dilantunkan bersama suara ilmuan muda yang bersedia menawarkan kefahaman Islam sebagai solusi negara.

Sikap mereka mencerminkan jiwa pemimpin masa depan yang tidak hanya cemerlang di dewan kuliah, tetapi turut terpanggil menggalas amanah di medan rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *