At BP, we believe in the power of truth, unity, and strength in news reporting. Established with the mission to deliver reliable, current, and impactful news, we are committed to providing our audience with the stories that matter, both locally and globally.

PAS Pengkalan Chepa Tampilkan Saf Baharu SU, Bendahari dan Ketua Penerangan

KOTA BHARU – Mesyuarat pertama PAS Kawasan Pengkalan Chepa bagi sesi baharu telah berlangsung pada Isnin, 14 Julai, menyaksikan pengumuman rasmi senarai penuh kepimpinan yang akan menerajui jemaah kawasan ini bagi penggal akan datang.

YBM Tuan Guru Dato’ Sri Amar D’Raja Dato’ Dr Hj Mohd Amar bin Abdullah kembali memperkukuh kepimpinan sebagai Yang di-Pertua, menandakan kesinambungan dan keteguhan hala tuju perjuangan Islam di Pengkalan Chepa.

Beliau dibantu rapat oleh dua figura berpengalaman, YB Dato’ Dr Hj Izani bin Husin sebagai Timbalan Yang di-Pertua, dan Ustaz Hj Ahmad Fathan bin Mahmood sebagai Naib Yang di-Pertua, menampilkan gandingan mantap antara tokoh teknokrat dan ulama.

Saf Dewan-dewan diterajui tokoh-tokoh berikut:

• Ustaz Hj Mohd Zahiruddin bin Ahmad @ Mohd Zain sebagai Ketua Dewan Ulama

• Ustaz Hj Hanifulfuad bin Hussin menerajui Dewan Pemuda

• Hajah Khairiah binti Mohamed kembali mengetuai Dewan Muslimat

• Mohamad bin Sulaiman mengetuai Assabiqun, mewakili generasi perintis.

Di peringkat pentadbiran, Hj Alamshaleh @ Alamsholah bin Awang Lah dilantik sebagai Setiausaha, manakala jawatan Bendahari disandang oleh Ustaz Hj Anwar bin Dato’ Hj Ab Halim. Portfolio penting Ketua Penerangan pula digalas oleh YB Ustaz Hj Nik Bahrum bin Nik Abdullah, manakala Cikgu Hj Muhamad Azmi bin Nor menggalas amanah besar sebagai Pengarah Pilihan Raya.

Sebelas Ahli Jawatankuasa (AJK) Dipilih telah dinamakan, membariskan tokoh pelbagai latar belakang:

• Mohd Afif Rabbani bin Abdullah

• Ustaz Hj Hasbi bin Mohd Hussain

• Cikgu Mohd Ariff bin Abdullah

• Ustaz Hj Roslan bin Mohd Noor

• Hj Muhammad Abdul Munib Assyakirin bin Zakaria

• Ustaz Hj Nik Hamdi bin Ghani

• Dr Hj Mohamad Shahid bin Izani

• Hj Nik Asmawie bin Nik Saleh @ Nik Abdullah

• Roshayati binti Hassan

• Maulana Muhammad Fadzilul Hakimi bin A Rahman

• Mohd Najmuddin bin Che Hassan

Turut memperkukuh saf ialah pelantikan YB Ustaz Datuk Hj Ahmad Marzuk bin Shaary sebagai AJK Lantikan, manakala Penolong Setiausaha disandang oleh Wan Mohd Rashidy bin Wan Abdullah, Penghulu Azehan bin Sulaiman dan Ustaz Hj Ibadurrahman bin Mohamad.

Pengumuman ini sekali gus memperlihatkan kematangan, kepelbagaian dan keseimbangan antara pengalaman, profesionalisme dan semangat juang anak muda dalam saf kepimpinan kawasan strategik ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *