At BP, we believe in the power of truth, unity, and strength in news reporting. Established with the mission to deliver reliable, current, and impactful news, we are committed to providing our audience with the stories that matter, both locally and globally.

Barisan Kepimpinan Baharu PAS Kawasan Pengkalan Chepa Sesi 2025 Diumumkan

KOTA BHARU – Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Pengkalan Chepa Kali Ke-53 yang berlangsung penuh tertib dan semangat ukhuwah hari ini menyaksikan pengumuman rasmi barisan kepimpinan baharu bagi sesi 2025.

Suhaimi bin Mohd Ariffin kekal sebagai Pengerusi Tetap, manakala Mohd Saifuddin bin Mohd Nasir diumumkan sebagai Timbalan Pengerusi Tetap.

Yang Dipertua PAS Kawasan terus disandang oleh YBM Dato’ Sri Amar D’Raja Dato’ Dr Mohd Amar bin Abdullah, manakala jawatan Timbalan Yang Dipertua kekal dengan YB Dato’ Dr Izani bin Husin yang memperoleh 192 undi, menewaskan pencabarnya yang meraih 67 undi.

Ustaz Ahmad Fathan bin Mahmood pula diumumkan sebagai Naib Yang Dipertua, melengkapkan saf utama pimpinan kawasan.

Turut diumumkan sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan sesi baharu ialah:

1. YB Haji Nik Bahrum

2. Mohd Afif Rabbani

3. Hasbi Hussain

4. Cikgu Ariff Abdullah

5. Cikgu Azmi Mohd Noor

6. Ustaz Roslan Md Nor

7. Haji Abdul Munib Assyakirin

8. Ustaz Nik Hamdi

9. Dr Shahid Izani

10. Haji Alam Solah

11. Nik Asmawie Nik Abdullah

12. Haji Anuar bin Dato’ Ab Halim

13. Roshayati

14. Ustaz Hakimi

15. Najmuddin

16. Wan Rashidy

Bagi jawatan Pemeriksa Kira-kira, dua nama diberikan mandat, iaitu Azam Manan bin Hamat dan Aziz bin Abdul Rahman.

Kemenangan dan pelantikan ini melambangkan kesinambungan, kematangan serta keyakinan ahli-ahli terhadap kepimpinan yang terus komited membawa obor perjuangan Islam di bumi Pengkalan Chepa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *