Kebenaran Itu Menuntut Dirinya

Pempengaruh Aisyah Hijanah Mohon Doa, Hadapi Ujian Berat Selepas Failkan Penceraian

Foto: Instagram aisyahhijanah

Shah Alam – Pempengaruh media sosial Aisyah Hijanah Azhari mengakui menghadapi ujian berat berikutan keputusan untuk memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur baru-baru ini.

Menurut Aisyah, keputusan untuk berpisah itu dibuat berdasarkan pertimbangannya sendiri dan bukan disebabkan pihak lain. “Saya sendiri memang pilih jalan untuk berpisah, bukan disebabkan sesiapa,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa isu tersebut sangat peribadi dan melibatkan ramai orang, justeru tidak ingin berkongsi lebih lanjut mengenainya. Sebagai ibu kepada tiga orang anak, Aisyah memohon doa daripada orang ramai agar urusan rumah tangganya dipermudahkan.

“Saya harap orang ramai mendoakan agar urusan rumah tangga saya dipermudahkan. Sejak bulan lepas sebenarnya saya failkan penceraian, doakan saya sebab ujian saya sangat berat,” katanya.

Aisyah dan suaminya, Alif Teega, atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani, mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017. Mereka dikurniakan tiga anak iaitu Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah.

Rumah tangga mereka menjadi perhatian ramai selepas Alif berkahwin kali kedua dengan seorang wanita dikenali sebagai Fatin Umaidah di Thailand. Kejadian tersebut dipercayai menjadi salah satu faktor yang membawa kepada kemelut rumah tangga yang dihadapi Aisyah ketika ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *