At BP, we believe in the power of truth, unity, and strength in news reporting. Established with the mission to deliver reliable, current, and impactful news, we are committed to providing our audience with the stories that matter, both locally and globally.

Proses Pengiraan Hampir Selesai Keputusan Dijangka Diumumkan Bila-Bila Masa

KOTA BHARU – Proses pengiraan undi Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Pengkalan Chepa Ke-53 kini memasuki fasa akhir. Petugas Jawatankuasa Pemilihan kelihatan giat melengkapkan semakan akhir dengan penuh teliti dan berdisiplin.

Suasana kekal terkawal, dengan para perwakilan sabar menanti detik pengumuman yang dijangka dilakukan bila-bila masa dari sekarang. Beberapa kerusi utama dijangka menyaksikan pertukaran kepimpinan, sementara beberapa penyandang dikhabarkan kekal tanpa dicabar.

Keputusan rasmi akan diumumkan sebaik sahaja proses pengesahan selesai sepenuhnya oleh pihak jawatankuasa. Tumpuan kini terarah kepada pentas utama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *