At BP, we believe in the power of truth, unity, and strength in news reporting. Established with the mission to deliver reliable, current, and impactful news, we are committed to providing our audience with the stories that matter, both locally and globally.

Pemuda PAS Pengkalan Chepa Calonkan Dato’ Sri Amar D’Raja Sebagai Timbalan Presiden PAS

KOTA BHARU – Dewan Pemuda PAS Kawasan Pengkalan Chepa telah mengambil ketetapan mencalonkan Yang Dipertua PAS Kawasan, Dato’ Sri Amar D’Raja Kelantan, sebagai Timbalan Presiden PAS dalam mesyuarat agung kawasan kali ke-53 yang berlangsung hari ini.

Pencalonan ini dibuat sebagai tanda sokongan penuh dan keyakinan terhadap kepimpinan beliau yang telah lama menabur bakti dalam saf perjuangan parti, khususnya di peringkat kawasan, negeri dan pusat. Ia juga merupakan penghormatan kepada ketokohan dan keistiqamahan Dato’ Sri Amar D’Raja dalam mendepani cabaran politik serta memimpin generasi pelapis dengan penuh wibawa.

Dewan Pemuda PAS Pengkalan Chepa menegaskan bahawa pencalonan ini tidak bermaksud untuk mendorong berlakunya pertandingan jawatan, sebaliknya sebagai ikhtiraf moral terhadap peranan besar yang telah dimainkan oleh tokoh tersebut dalam memperkukuh dasar perjuangan dan mendidik jemaah dengan penuh sabar dan berhemah.

Langkah ini turut mencerminkan kematangan politik anak muda PAS di Pengkalan Chepa dalam menyatakan sokongan secara beradab dan berpandangan jauh, tanpa mengabaikan adab berjemaah dan budaya wala’ dalam organisasi.

Tindakan Pemuda ini dilihat selari dengan semangat memperkasa saf kepimpinan parti di semua peringkat, dalam suasana PAS yang terus teguh sebagai parti masa depan umat dan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *