
KUALA LUMPUR – Gelombang rakyat yang kini bergerak ke ibu negara bagi menyertai Himpunan Turun Anwar mula dicemari kebimbangan serius dalam kalangan penjawat awam. Sejak semalam, kumpulan WhatsApp pegawai kanan hingga staf sokongan dipenuhi amaran dan peringatan perkeliling daripada Ketua Setiausaha Negara dan ketua jabatan yang melarang penyertaan dalam perhimpunan atau sebarang aktiviti politik.
Merujuk kepada Surat Aku Janji dan peraturan P.U. (A) 1/2012, penjawat awam tertakluk kepada kawalan tatatertib. Jabatan Peguam Negara pula mengingatkan bahawa sebarang pelanggaran boleh membawa kepada tindakan di bawah P.U. (A) 395/1993 termasuk risiko digantung tugas atau diberhentikan.
Kemarahan mula tercetus apabila arahan dalaman turut menyatakan secara jelas bahawa sesiapa yang turun ke perhimpunan berisiko kehilangan pekerjaan. Ramai penjawat awam mula merasakan hak mereka sebagai warganegara telah dicengkam oleh ugutan berselindung atas nama kesetiaan perkhidmatan.
Perbincangan hangat dalam kalangan pegawai muda dan senior mempersoalkan keadilan apabila hak berhimpun yang dijamin Perkara 10 Perlembagaan seolah-olah dilucutkan hanya kerana mereka bekerja dengan kerajaan.
Perikatan Nasional tampil menawarkan khidmat guaman percuma kepada mana-mana penjawat awam yang dikenakan tindakan. Mereka menyifatkan larangan itu sebagai langkah terdesak sebuah kerajaan yang semakin takut kepada kebangkitan suara rakyat.
Akhirnya, konflik antara tugas rasmi dan hak sebagai rakyat mula menyerlah. Ramai melihat tindakan ini bukan sekadar langkah kawalan disiplin tetapi isyarat jelas panik politik yang sedang memuncak.
Leave a Reply