
KOTA BHARU – Di saat sorakan dan tepukan bergema dalam Dewan Besar PUTIK, satu pasukan lain bekerja tanpa henti, tidak kelihatan di hadapan lensa tetapi menjadi nadi utama kelancaran acara. Mereka adalah pasukan media dan teknikal Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Pengkalan Chepa Kali Ke-53.
Bermula seawal Subuh, pasukan ini mengatur peralatan, menguji sistem audio visual, menyusun siaran langsung dan dokumentasi fotografi, selain memastikan capaian internet serta visual paparan multimedia berfungsi dengan sempurna.
Kejayaan majlis ini bukan sekadar diukur pada kehadiran pimpinan dan kelancaran mesyuarat, tetapi juga pada mutu liputan, rakaman dan capaian maklumat yang disediakan pasukan ini kepada jemaah dan rakyat melalui pelbagai platform digital.
Mereka bukan sekadar petugas, tetapi penggerak komunikasi jemaah yang merakam sejarah perjuangan agar dapat diwariskan kepada generasi akan datang.
Leave a Reply