At BP, we believe in the power of truth, unity, and strength in news reporting. Established with the mission to deliver reliable, current, and impactful news, we are committed to providing our audience with the stories that matter, both locally and globally.

Ucapan Padu Dato’ Sri Amar D’Raja Gegar PUTIK, Tegas Perlu Disiplin & Istiqamah!

KOTA BHARU – Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Pengkalan Chepa Kali Ke-53 dibuka dengan penuh penghayatan menerusi alunan ayat suci al-Quran oleh Qari jemputan, Mohd Nazri bin Daud, bilal Masjid Jamek D’Raja Long Yunus, Langgar. Alunan yang meresap ke jiwa itu menghidupkan suasana spiritual dan memperteguh semangat hadirin dalam medan tahunan jemaah ini.

Majlis yang berlangsung di Dewan Besar PUTIK menyaksikan kehadiran perwakilan dari 79 cawangan PAS di seluruh kawasan, termasuk wakil-wakil dari Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama’, menjadikannya antara perhimpunan paling besar dan signifikan dalam sejarah kawasan Pengkalan Chepa.

Yang Dipertua PAS Kawasan, Dato’ Sri Amar D’Raja Dato’ Dr Hj Mohd Amar bin Abdullah, kemudian menyampaikan ucapan aluan dengan nada penuh semangat dan pengisian yang sarat dengan penegasan perjuangan. Beliau mengalu-alukan kehadiran semua perwakilan serta tetamu jemputan, termasuk Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, YB Dato’ Ustaz Haji Rosli bin Abdul Jabar yang dijadualkan merasmikan majlis tersebut.

Dalam ucapannya, beliau menekankan keperluan muhasabah mendalam terhadap gerak kerja jemaah dan kepimpinan. Beliau turut menyeru agar seluruh ahli memperteguh keikhlasan, kekal istiqamah dan mengukuhkan disiplin demi menjulang kemenangan Islam yang tulen di tengah cabaran dunia politik dan dakwah masa kini.

Kehadiran Dato’ Sri Amar D’Raja dalam majlis ini terus memperlihatkan keteguhan kepimpinan beliau yang bukan sahaja dihormati di kawasan, malah di peringkat negeri dan nasional, dengan gaya pidato dan amanat yang menyentuh semangat jemaah secara langsung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *