At BP, we believe in the power of truth, unity, and strength in news reporting. Established with the mission to deliver reliable, current, and impactful news, we are committed to providing our audience with the stories that matter, both locally and globally.

Persiapan Rapi di PUTIK. 79 Cawangan PAS Berhimpun Esok

KOTA BHARU – Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa kembali menjadi nadi kepada pertemuan tahunan terbesar dalam kalendar PAS Pengkalan Chepa. Jawatankuasa Mesyuarat Agung giat melaksanakan persiapan akhir menjelang Mesyuarat Agung Tahunan PAS Pengkalan Chepa Kali ke-53 yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini, 28 Jun 2025 bersamaan 2 Muharam 1447H.

Musyawarat yang akan menghimpunkan 76 cawangan dari seluruh kawasan Pengkalan Chepa ini dijangka menyaksikan kehadiran lebih 250 perwakilan utama, termasuk dari Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama. Setiap cawangan menghantar tiga perwakilan terpilih, menjadikan PUTIK sebagai medan penting penentu halatuju jemaah kawasan bagi penggal baharu.

Tinjauan mendapati kerja-kerja penyusunan logistik, penyediaan tempat duduk, susun atur dewan besar dan ruang-ruang pendaftaran sedang dijalankan dengan penuh teliti oleh jawatankuasa bertugas yang dibahagikan mengikut unit masing-masing. Pasukan teknikal dan multimedia turut menguji sistem siar raya, tayangan dan pencahayaan bagi memastikan kelancaran majlis sepanjang program berlangsung.

Bilik VIP turut diberi sentuhan kemas dengan suasana yang sederhana tetapi segar, mencerminkan imej PAS sebagai gerakan rakyat berteraskan Islam. Petugas keselamatan daripada Jabatan Amal Malaysia Kawasan Pengkalan Chepa ditempatkan bagi mengawal aliran keluar masuk tetamu serta menjaga lalu lintas di sekitar PUTIK yang dijangka sesak pada hari tersebut.

Majlis perasmian bakal disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, YB Dato’ Ustaz Rosli bin Abdul Jabar yang dijadualkan tiba jam 8.30 pagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *