
KOTA BHARU – Genap lima jam berlalu sejak Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Pengkalan Chepa Kali Ke-53 bermula, namun semangat para perwakilan kekal utuh dan tidak luntur. Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 2.00 petang, dewan masih dipenuhi dengan wajah-wajah istiqamah yang tekun mengikuti setiap detik perjalanan mesyuarat.
Sesi ucapan penangguhan yang sedang berlangsung menyaksikan barisan wakil dari DUN dan Dewan-dewan selesai menyampaikan amanat dan pandangan masing-masing. Kini tiba giliran suara kawasan disuarakan sendiri oleh tokoh yang disegani, Dato’ Dr Izani Husin, yang tampil membawa nada penyatuan, muhasabah dan lonjakan semangat baru.
Mesyuarat Agung kali ini bukan sekadar medan laporan dan pemilihan, tetapi juga ruang refleksi terhadap realiti semasa serta medan percambahan idea bagi menghadapi cabaran mendatang. Keterlibatan aktif semua perwakilan sepanjang hari membuktikan kekuatan jemaah ini bukan sekadar pada angka, tetapi pada ruh dan kefahaman perjuangan yang diwarisi.
Pengkalan Chepa kekal sebagai pengkalan perjuangan. Dan hari ini, ia sekali lagi membuktikan bahawa kesetiaan dan pengorbanan bukan retorik, tetapi amalan yang nyata.
Leave a Reply